Sunday, February 3

Short trip to K.T

Hollaaaa..
 
Entry pertama in February. Suka sangat bulan February sebab hari kasih sayang.. kan? :p
 
Okay kita mulakan dengan cerita penerbangan mengejut aku, Hubby & Melissa ke Kuala Terengganu (K.T). Jumaat 1st February, cousin Hubby meninggal dunia. Terima berita dalam petang lepas maghrib. Memandangkan hari sebelumnya Hubby tak sihat, so we decide tak nak drive ke K.T. Keluarga sebelah sana bgtahu yg jenazah akan di kebumikan keesokkan harinya which mean pagi 2nd Feb. So kitorg pun beli flight tix ke K.T awal pagi 2nd Feb. Bila dah beli, diorg call ada perubahan bgtahu jenazah akan dikebumikan malam tu jugak. Jadi memang tak sempat nak tengok jenazah arwah Kak Tah.. Al-fatihah
Ciptaan Allah swt yg terindah - Awan
Sesampainya di K.T kitorg breakfast dulu. Macam biasalah bila dah ada kat sana, nasi dagang jer lah sebagai breakfast.. hehe.. Lepas breakfast kitorg pun pergi ke  rumah keluarga arwah. Spent time kat situ lebih kurang 2 jam lebih. Bila dah selesai urusan di rumah arwah, kitorg pun minta diri untuk ke Setiu. Ke kubur tempat arwah bersemadi. So kat sana we all sempat singgah rumah Ayah Endut (adik Bat - FIL)
 
Lepas singgah lepak rumah Ayah Endut, kitorg pun bergerak ke kubur. Bila dah lepas ziarah, kitorg ziarah sekali kubur arwah Tok Ki & Tok Wan (datuk & nenek hubby).. Selesai semuanya kitorg pun decide nak balik ke K.T semula...
 
Oh yer, dalam perjalanan balik tu singgah makan tengah hari di Pantai Penarik, Setiu. Makan apa? yeaaahhh.. Makan ICT! Apa tu? hahaha itu adalah panggilan pendek untuk Ikan Celup Tepung. Hehehe. Sedap sgt. Tempat fav kitorg ni kalau ke Setiu. Sure singgah makan. Kalau korg ke Setiu boleh singgah makan ICT ni okay? Bersepah2 kot kedai makan ni jer kat sana. hehe.

Sotong Celup Tepung
Ikan Celup Tepung
Dah lepas lunch, sambung perjalanan balik ke K.T. Di K.T duduk kat rumah mertua di Ibai. Kat sana kitorg rest puas2 sementara tunggu flight balik ke KL..
 
Muka tak sabar nak balik jumpa adik Miqael

.. fininfinity ..

Thursday, January 31

Super Mama :)

Hollaaaa...
 
*phewwww*
Hari ni boleh dikatakan hari penat sedunia... *hari2 pun penat sebenarnya*.. Tapi hari ni penat lain macam sikit.. :p Hari ni kat office ada Ujian JPJ. Extra busy sebab ada staff yang ambil emergency leave so aku & yang lain2 kenalah backup kerja staff yang cuti.
 
Selalunya Ujian JPJ habis paling lewat pun pukul 4.30ptg.. *itupun kadang2 jer* Tapi hari ni sampai pukul 5.30ptg.. Bila dah selesai semuanya balik la ke rumah..
 
Hubby request nak makan kat rumah. Oleh sebab sejak kebelakangan ni mood rajin memasak mencanak2 jer, so aku iyerkan jer bila Hubby request nak dinner kat rumah. Penat yang tak habis tadi ku tolak ke tepi... Sampai rumah terus sarung apron dan buka peti ais.. *nasib baik 2 hari lepas dah restcok barang2 dapur* So adalah benda yg nak di masak..
 
Menu malam ni :
Ikan goreng. Sayur Sawi. Sotong Sambal.
 
Dalam bulan ni 2 kali dah masak sotong sambal. Itupun sebab yg pertama hari tu buat terlampau pedas. Sampai aku sendiri tak boleh nak ngap! Alhamdulillah hari ni sotong sambal ku kurang  pedas &
SEDAAAAAAP SANGATTTTT :P
 
Okay. Nak rest sekejap sementara nak tunggu waktu makan malam... :)
 
Selamat terliurrrrr...
 




.. fininfinity ..

Monday, January 28

Kembali lagi dalam ruangan FININFINITY!

Holaaa Holaaa..
 
Aku kembali menggegarkan ruangan akaun blog yang ini... Gatal betul kan? Selalu sangat tukar2 akaun blog lepas tu post satu, dua then menghilang... hehehe *menyampah*
 
Entah tiba2 10 minit yang lepas datang rajin pulak nak berblogging balik.. Semuanya tiba2 gittewww...
 
Mari pulihkan semangat & tanamkan sikap rajin menaip.. Harap2 lepas ni tak bersawanglah blog ni.. Korang nak follow or unfollow pun sukahati korang lah okay... :p
 
Ni gambar terbaru Melissa. Peace yaww.. Rambut pun dah pendek..


Good night all. Esok kita cerita lagi...

XOXO

.. fininfinity ..