Wednesday, December 30

Outing@Aquaria

Akhirnya tercapai jugak nak pergi Aquaria. Actually lama dah plan nak pergi. Hubby baru tunaikan hari ni. Seronok tengok gelagat Baby Lissa tengok ikan.. Nanti tunggu dia besar sikit, dah pandai jalan + bercakap, nak repeat lagi pergi Aquaria.. Next outing nak pergi Zoo Negara lak.. 

Kepada sesiapa yang belum pergi, ada masa, pergi lah.. Best (",)

More photo @ my FB

.. fininfinity ..

Thursday, December 17

Mari ber~se~nam!

Entry lepas aku cakap nak beli TV. Hubby pun agreed. Tapi, masa keluar pergi The Curve terus ubah fikiran. Nak buat spec mata baru.. Hubby kata ok jer. Dia suruh buat spec oakley. Mahal tapi tahan lama, macam dia punye. Tapi sebelum nak ke kedai optical tu, kitorg ambil gambar studio for Baby Lissa. Seronoknya tengok Baby Lissa jadi LadyBird.. hehe

Bila dah settle ambil gambar studio, aku pulak tiba2 ubah fikiran tak nak spec. Sebabnya, spec yang aku pakai sekarang ni elok lagi & aku suka main pakai pastu bukak.. pakai.. pastu bukak.. Kadang2 boleh lak misplaced mana aku letak. Boleh dikatakan aku ni bukan pengguna tetap lah spec tu. Tapi kalau tak pakai.. mak aiiiii... memang aku tak nampak.. sobs.. :(

Nak tau Hubby belikan ape? Aku kata aku nak Wii (ala2 PS3).. So kitorg beli kat OU. Dah la tgh hujan lebat.. Dari The Curve nak ke OU, jammed pulak. So aku & Baby Lissa just tunggu dalam kereta, sebab Baby Lissa tidur. Bila Hubby dah beli, hati ni gila teruja tak sabar nak balik rumah main game! Yang best nye game game yang ado macam boleh berexercise... Hubby belikan sekali dance pad!! mari berdaaaannnsa!

Banyak jugak game yang ada. Aku tadi baru jer lepas main game tennis! Best nya.. berpeluh2 aku.. So kalau hari2 bersenam depan TV ni, agak2 leh kurus ke? hehehe.. So sesapa yang nak challenge aku main Tennis.. Jom!! of course la yang virtual!

P/s :
  • Aku tak jadi beli TV sebab, aku lupa yang aku ada TV yang aku menang cabutan bertuah tu.. hehe
  • Kepada PS3, maaf sebab kau tidak mampu menggembirakan aku.. Aku nak jual kau! Padan muka!
  • Cakap pasal gambar studio Baby Lissa, nanti kalau dah siap aku blog kan ok? Lagi 2 minggu.. lamanyaa :(
.. fininfinity ..

Sunday, December 6

The Trip

The Love Of MyLife
Alhamdulillah dah sampai rumah...

Takde mood nak update Trip Singapura sebabnya, kitorg tak enjoy langsung untuk trip ni.. Dah la hari hujan.. Stuck kat mall tak buat apa2.. Memang tak best! Nak shopping, lagi takde mood.. Last2 duit yang ditukar dah jadi balik duit Malaysia.. Kalau setakat gi sana nak jalan2 kat shopping mall, kat KL berlambak!

Dah banyak kali pergi Singapore tapi tak pernah jejak kaki kat Sentosa Island..!!

Sadis

Next year dah plan naik kapal terbang pulak! Tension kalau pakai darat! lagi2 masa nak lalu imigresen!

Arghh ... tension + penat..

Nak tgk gambar tengokkat FB aku jer.. Takde mood nak update sini.. :(

.. fininfinity ..

Sunday, November 29

They Are Adorable

Meet my two favourite girl :
My Daughter
Tengku Tiara Melissa
and 
My Niece
Qisya Nur Sufi

I love you with full of my heart!!

Arent the just beautiful??

.. fininfinity ..

Saturday, November 28

Percubaan.. Percubaan :P

Testing.. Testing..

Entry kali ni nak tengok ok ke tak kualiti gambar camera baru ku. Erm.. Not bad.. Walau tak boleh lawan my DSLR. Memang le tak leh lawan sebab camera baru ku camera digital biasa jer.. :P

Gambar-gambar kat bawah ni antara gambar terawal yg ada dalam camera ku.

Hubby ku. Me Love you. TQ for the camera :)

Hubby & Baby Lissa @ PIL's white house

My Baby Lissa.. Comot comel (",)

and this is me... fininfinity

.. fininfinity ..

Wednesday, November 25

Oo Yummy





Marilah makan... Gambar makanan ni masa birthday aku yang ke 23 februari 2009 :) My favourite is LAKSA SARAWAK!

.. fininfinity ..

Thursday, November 19

Jalan-jalan

Rabu - 181109

Hari ni aku keluar jalan-jalan dengan Aziha & Diana. Lama giler rasanya tak keluar jalan-jalan dengan diorg. Rasa nya 3 tahun kot? Lama kan? Hari ni agenda kitorg is pergi lunch. Kitorg lunch kat Johhnys.. Bila ingat balik, tergelak sebab kitorg lepak kat johnnys tu 2 jam. Semata-mata bergossip!! hehe

Sepatutnya hari ni kitorg tengok wayang. Tapi oleh sebab takde sape nak jaga Baby Lissa, so aku decide bawa dia. Lagipun makcik2 dia ni nak jumpa Baby Lissa sangat2 :P

So aktiviti hari ni :
  • Lunch
  • "ukur" jalan kat OU
  • Shopping baju Baby Lissa
  • Lepak minum + gossip @ Starbucks
  • and...
  • Balikkkk (",)

Next perjumpaan is tak tahu bila. Tapi dah set kan aktiviti iaitu, bowling & Movie.. (",) Kalau nak join, mai laaa....

** apa yang tak best masa jalan-jalan ni, Baby Lissa meragam. Tengokla gambar-gambar dia.. Semua moody! Apa2pun thanks kat Dian sebab bawa camera & thanks to Ziha sebab jadi cameraman :P Lagi satu, lupa nak mintak izin kat Dian yang aku grab gambar ni kat FB dia.. hehe

.. fininfinity ..

Sunday, November 8

Mari Mencuci

Oh. Hari ni nak cakap pasal teater musikal.. Hari Jumaat lepas aku, Hubby & adik2 dia pergi layan Teater "Cuci The Musical".. Malam sebelum kitorg pergi, PIL aku dah layan dulu.. Balik jer dari tengok teater tu, dia bgtahu kitorg semua yang kitorg mesti tengok sebab MIL aku cakap memang best giler..

So my MIL bagi 8 tiket utk pergi layan teater ni. 
  • Hubby
  • Me
  • Annaz
  • Id
  • Kram
  • Wawa
  • Anis
  • Acap
So nak bgtahu korang semua, teater ni memang best gila. Malam ni last diorg perform.. So kalau boleh nak la lagi tiket. hehehe.. Siapa sudi bagi eh???

Oh, thanks to MIL sebab belanja tengok teater... Yang jealous sebab tak dapat tu, tak dapat den nak nolong (",) 


.. fininfinity ..

Monday, November 2

Co ko lat Cho Cho

Last time masa pergi France, memang rambang mata kalau tengok coklat. Lagi2 coklat yang kat Brussel. Memang heaven gila. Tapi kat sana tak nampak pun orang gemuk.. hehe.. Ke diorg tak makan coklat? Just bagi tourist? Sebab tu tourist semua temok temok :)
Dalam banyak2 coklat, I bought this one. Note matawang euro. Comel...
and now... dah 10 bulan berlalu after the trip.. aku still tak makan2 lagi coklat tu... 
Gile comel kalau nak makan.. Kalau ye pun aku nak makan, boleh lagi ke? Ke dah expired?? Nasib baik aku bukan hantu coklat :)

Its ok, aku buat coklat ni sebagai perhiasan dalam fridge.. hehe.. Nnt nak belajar macam mana nak awetkan coklat ni.. Boleh la aku frame kan nnt :P

.. fininfinity ..