Wednesday, December 30

Outing@Aquaria

Akhirnya tercapai jugak nak pergi Aquaria. Actually lama dah plan nak pergi. Hubby baru tunaikan hari ni. Seronok tengok gelagat Baby Lissa tengok ikan.. Nanti tunggu dia besar sikit, dah pandai jalan + bercakap, nak repeat lagi pergi Aquaria.. Next outing nak pergi Zoo Negara lak.. 

Kepada sesiapa yang belum pergi, ada masa, pergi lah.. Best (",)

More photo @ my FB

.. fininfinity ..

Thursday, December 17

Mari ber~se~nam!

Entry lepas aku cakap nak beli TV. Hubby pun agreed. Tapi, masa keluar pergi The Curve terus ubah fikiran. Nak buat spec mata baru.. Hubby kata ok jer. Dia suruh buat spec oakley. Mahal tapi tahan lama, macam dia punye. Tapi sebelum nak ke kedai optical tu, kitorg ambil gambar studio for Baby Lissa. Seronoknya tengok Baby Lissa jadi LadyBird.. hehe

Bila dah settle ambil gambar studio, aku pulak tiba2 ubah fikiran tak nak spec. Sebabnya, spec yang aku pakai sekarang ni elok lagi & aku suka main pakai pastu bukak.. pakai.. pastu bukak.. Kadang2 boleh lak misplaced mana aku letak. Boleh dikatakan aku ni bukan pengguna tetap lah spec tu. Tapi kalau tak pakai.. mak aiiiii... memang aku tak nampak.. sobs.. :(

Nak tau Hubby belikan ape? Aku kata aku nak Wii (ala2 PS3).. So kitorg beli kat OU. Dah la tgh hujan lebat.. Dari The Curve nak ke OU, jammed pulak. So aku & Baby Lissa just tunggu dalam kereta, sebab Baby Lissa tidur. Bila Hubby dah beli, hati ni gila teruja tak sabar nak balik rumah main game! Yang best nye game game yang ado macam boleh berexercise... Hubby belikan sekali dance pad!! mari berdaaaannnsa!

Banyak jugak game yang ada. Aku tadi baru jer lepas main game tennis! Best nya.. berpeluh2 aku.. So kalau hari2 bersenam depan TV ni, agak2 leh kurus ke? hehehe.. So sesapa yang nak challenge aku main Tennis.. Jom!! of course la yang virtual!

P/s :
  • Aku tak jadi beli TV sebab, aku lupa yang aku ada TV yang aku menang cabutan bertuah tu.. hehe
  • Kepada PS3, maaf sebab kau tidak mampu menggembirakan aku.. Aku nak jual kau! Padan muka!
  • Cakap pasal gambar studio Baby Lissa, nanti kalau dah siap aku blog kan ok? Lagi 2 minggu.. lamanyaa :(
.. fininfinity ..

Sunday, December 6

The Trip

The Love Of MyLife
Alhamdulillah dah sampai rumah...

Takde mood nak update Trip Singapura sebabnya, kitorg tak enjoy langsung untuk trip ni.. Dah la hari hujan.. Stuck kat mall tak buat apa2.. Memang tak best! Nak shopping, lagi takde mood.. Last2 duit yang ditukar dah jadi balik duit Malaysia.. Kalau setakat gi sana nak jalan2 kat shopping mall, kat KL berlambak!

Dah banyak kali pergi Singapore tapi tak pernah jejak kaki kat Sentosa Island..!!

Sadis

Next year dah plan naik kapal terbang pulak! Tension kalau pakai darat! lagi2 masa nak lalu imigresen!

Arghh ... tension + penat..

Nak tgk gambar tengokkat FB aku jer.. Takde mood nak update sini.. :(

.. fininfinity ..